Black Canyon Restaurant merupakan jenama milik syarikat B-Canyon (M) Sdn Bhd, yang telah ditubuhkan pada tahun 2002 untuk menguruskan operasi rangkaiannya di Malaysia. Kini, kami mempunyai 28 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sarawak. Oleh itu, kami ingin menjemput calon-calon yang berkelayakan menyertai Syarikat kami.


Tawaran Jawatan:

Kru Servis (Waiter/ Waitress)


✅

DESKRIPSI PEKERJAAN


Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik dan berkualiti kepada pelanggan kami.


✅

SYARAT KELAYAKAN MINIMUM


  • Umur : 18 tahun ke atas
  • Warganegara : Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Jadual kerja : 6 hari seminggu (mengikut syif bergilir)
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang F&B atau khidmat pelanggan.
  • Mampu bekerja mengikut syif, pada hujung minggu dan cuti umum.
  • Mempunyai Sijil Suntikan Tifoid dan Sijil Kursus Pengendalian Makanan yang sah (Boleh diambil selepas diterima bekerja).


✅

PENDIDIKAN DAN PENGALAMAN


  • Pengalaman: Calon yang mempunyai pengalaman dalam industri F&B atau khidmat pelanggan akan diberi keutamaan. Lepasan sekolah dan lepasan graduan juga digalakkan untuk memohon. Latihan akan diberikan kepada calon yang tidak mempunyai pengalaman.


✅

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB


  • Memberi perkhidmatan yang mesra dan berkualiti kepada pelanggan.
  • Menyambut pelanggan serta memberikan pengalaman makan yang mesra dan menyenangkan kepada semua pelanggan.
  • Menyediakan menu dan memperkenalkan promosi makanan yang tersedia kepada pelanggan sebelum mengambil pesanan.
  • Mencatat pesanan makanan pelanggan dengan teliti.
  • Memasukkan pesanan makanan ke dalam sistem pesanan.
  • Memastikan penghantaran makanan kepada pelanggan dibuat mengikut masa yang ditetapkan.
  • Menyediakan makanan dan minuman mengikut SOP yang telah ditetapkan.
  • Memastikan kebersihan kawasan restoran sentiasa terjaga.
  • Memproses pesanan makanan dengan tepat serta sentiasa proaktif terhadap keperluan pelanggan.
  • Melaksanakan tugasan lain yang diberikan oleh Pengurus Restoran atau Pengurus Kawasan dari semasa ke semasa.


✅

MANFAAT KEPADA PEKERJA


  • Caruman KWSP, PERKESO & EIS
  • Cuti tahunan dan cuti sakit berbayar
  • Tuntutan perubatan
  • Bayaran kerja lebih masa (Over Time)
  • Diskaun untuk kakitangan
  • Makanan disediakan semasa bertugas
  • Penginapan disediakan (tertakluk kepada terma dan syarat)
  • Pemberian insentif (tertakluk kepada terma dan syarat)
  • Bonus tahunan (tertakluk kepada prestasi)


✅

KRU SAMBILAN JUGA DIPERLUKAN.


Terma & syarat adalah seperti di bawah:


  • Perlu bekerja sekurang-kurangnya tiga (3) bulan.
  • Minimum waktu kerja sehari : Empat (4) jam
  • Minimum hari bekerja seminggu : Tiga (3) hari


Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi restoran kami, anda boleh layari:


*Johnny's Restaurant: https://www.johnnysrestaurants.com/location


*Black Canyon Malaysia: https://blackcanyon.com.my/location


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp di talian 012-515 5627 (https://wa.link/eocm4u).


Job Types: Full-time, Part-time, Permanent


Pay: From RM1,800.00 per month


Benefits:


  • Meal provided
  • Opportunities for promotion


Work Location: In person

Salary

USD 19,062 - 24,137 /yearly

Yearly based

Location

M11 , Malaysia Kuala Terengganu, M11, Malaysia

Job Overview
Job Posted:
1 month ago
Job Expire:
2 weeks from now
Job Type
Full-Time
Job Role
Crew

Share This Job:

Location

M11 , Malaysia Kuala Terengganu, M11, Malaysia